Visit Here!
Facebook Page Follow Instagram
Ameera Telekung

Anda adalah ratu tercantik andai anda ikhlas menutup aurat.

HOME About Us Friends Products Contact Order DROPSHIP REVIEW Other

DROPSHIP
Thursday, December 27, 2012 - Permalink - 0 Comments

Assalamualaikum....

Kini Ameera's Telekung memperkenalkan konsep dropship di dalam perniagaan kami.  Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan tanpa kos yang tinggi inilah platformnya. 

APA ITU DROPSHIP  :

Dropship ialah sistem perniagaan yang sesuai untuk mereka yang berminat untuk berniaga tetapi tidak mempunyai modal yang CUKUP/BESAR. Namun  begitu insyaAllah anda mampu mendapat pulangan yang BESAR.


  1. Dengan sistem ini anda hanya perlu menjual tanpa perlu risau tentang penghantaran produk.  Ini bermakna pelanggan anda tidak terhad di kawasan sekitar anda sahaja.  Ini kerana proses pembungkusan dan penghantaran akan dilakukan oleh pihak kami.
  2. Anda juga tidak perlu menyimpan stock hanya perlu menjual sahaja.
  3. Anda juga tidak perlu mempunyai premis perniagaan sendiri kerana anda bebas menjualnya dikalangan rakan-rakan anda mahupun secara online.


APA YANG KAMI TAWARKAN  : -

1.  Yuran tahunan  sebanyak RM50 SAHAJA.  Yuran ini dikenakan untuk memastikan bahawa anda memang berminat untuk mengedarkan telekung Ameera.                                                                                                                 

2.  Kami tidak akan mengawal harga yang anda letakkan . Harga yang kami letakkan di blog adalah harga kami. Namun agen dropship boleh menetapkan harga  mereka sendiri kami tidak akan mengawalnya.  

3.  Tiada minimum order  untuk setiap belian.

4.  Untuk permulaan ini, kami menawarkan harga telekung untuk  agen dropship, sama seperti harga dealer.  Ini adalah peluang yang patut anda ambil kerana dahulu untuk menjadi dealer,belian permulaan ialah 20 pasang. Dahulu kami cuma memberi komisyen sahaja kepada agen kami.

5.  Harga untuk setiap telekung adalah berbeza.  Bergantung kepada jenis telekung.

6.  Anda juga harus menambah kos penghantaran untuk setiap pembelian anda.  Jadi harga yang anda tawarkan kepada pembeli anda hendaklah ditambah dengan kos penghantaran.  Kos penghantaran sebanyak RM8 (Sem.M'sia) dan RM15 (Sabah/Sarak) untuk setiap pasang telekung.

LANGKAH SETERUSNYA :


  • Anda bolehlah membuat pembayaran yuran keahlian ke akaun kami di :
Maybank 114178552009
Nama : Nor Azlinda Abdul Latif


  • Selepas bayaran dibuat sila isi borang di bawah :
Name:
Contact No
Address :
Email Address:
Details of Payment : (Date, Time, Ref.No & Total Amount RM)

This contact form was created by Freedback.

 





  • Selepas itu sila sms kami di talian 013-2832796 / 011-16724396 maklumkan kepada kami pembayaran yuran keahlian yang telah dibuat.
  • Kami akan berikan no agen selepas pembayaran keahlian disahkan.
  • Selepas ini, anda sudah boleh mula menjual produk kami.  Di sini kami akan maklumkan kepada anda bagaimana cara membuat tempahan

  • Untuk sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi kami di talian yang tertera di atas ataupun email ke ameeraaizeq@gmail.com








Writter

Assalamualaikum!
Ameera Telekung adalah produk di bawah Ameera Aizeq Enterprise; iaitu sebuah syarikat kecil yang beroperasi menjual dan menerima pelbagai jenis jahitan termasuk telekung, pakaian, langsir dan kusyen.
Namun begitu produk utama kami adalah tertumpu kepada penghasilan telekung jahitan sendiri.
Walaupun kami sedia maklum banyak jenis telekung yang terdapat di pasaran namun di sini kami cuba menghasilkan sesuatu yang berlainan.
Kami memasarkan telekung yang menuruti landasan Islam, iaitu dengan menitikberatkan penghasilan dua lapisan telekung di mana lapisan dalam dijahit sehingga ke paras dada bagi melindungi aurat bahagian kepala dan leher.
Begitu juga dengan bahagian kain telekung, kami memastikan lebar dan panjangnya sesuai sehingga mampu menutup sehingga ke hujung kaki tanpa perlu rasa bimbang akan tersingkat naik ketika bersujud. Telekung kami juga mempunyai poket samaada pada bahagian kain telekung atau pun pada badan telekung itu sendiri bergantung pada kemahuan pemakai itu sendiri

Produk Lain

JOM NGAJI UPIN IPIN



Leave Your Message

Credit

Template by Siti
Owner is NOR AZLINDA ABD LATIF