
Wednesday, May 7, 2014 - Permalink - 0 Comments
![]() Ameera Telekung adalah produk di bawah Ameera Aizeq Enterprise; iaitu sebuah syarikat kecil yang beroperasi menjual dan menerima pelbagai jenis jahitan termasuk telekung, pakaian, langsir dan kusyen. Namun begitu produk utama kami adalah tertumpu kepada penghasilan telekung jahitan sendiri. Walaupun kami sedia maklum banyak jenis telekung yang terdapat di pasaran namun di sini kami cuba menghasilkan sesuatu yang berlainan. Kami memasarkan telekung yang menuruti landasan Islam, iaitu dengan menitikberatkan penghasilan dua lapisan telekung di mana lapisan dalam dijahit sehingga ke paras dada bagi melindungi aurat bahagian kepala dan leher. Begitu juga dengan bahagian kain telekung, kami memastikan lebar dan panjangnya sesuai sehingga mampu menutup sehingga ke hujung kaki tanpa perlu rasa bimbang akan tersingkat naik ketika bersujud. Telekung kami juga mempunyai poket samaada pada bahagian kain telekung atau pun pada badan telekung itu sendiri bergantung pada kemahuan pemakai itu sendiri ![]() ![]() ![]() JOM NGAJI UPIN IPIN ![]() ![]() |